Tuesday 6 December 2011

MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI

MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI























a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.

     b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16 inci hingga 18i inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan tersebut.

    c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber elektrik dan air yang cukup.

     d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air,penapis, lampu,batu,pasir,tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.

e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan penggunaannya.

f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana dapat memberi suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.

No comments:

Post a Comment